Blog

MANUAL PENGGUNA PEPERIKSAAN ONLINE BAGI MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29)

Posted by:

KEPERLUAN ASAS BAGI MEMASUKI PEPERIKSAAN ONLINE:

• Aplikasi sistem ini boleh dicapai dengan menggunakan komputer, notebook atau telefon bimbit yang mempunyai rangkaian internet.
• Paparan boleh dicapai melalui semua browser (Internet Explorer, Firefox, Google Chrome, Safari).
• Calon boleh mengakses sistem peperiksaan online ini di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet tanpa perlu hadir ke SPA.

Langkah 1:
Sila layari pautan peperiksaan di talian yang disediakan (Contoh: examonline110.spa.gov.my) Pautan ini hanya akan dipaparkan 1 jam sebelum peperiksaan bermula.

Langkah 2:
Skrin “Sistem Peperiksaan Online” akan dipaparkan. Sila masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. KATA LALUAN ADALAH ANGKA GILIRAN ANDA. Klik butang “Login”.

Langkah 3:
Skrin “Maklumat Calon” akan dipaparkan. Sila lengkapkan borang maklumat diri dan klik butang ‘‘Hantar’’.

Langkah 4:
Sila baca arahan dan soalan dengan teliti. Jawab semua soalan dan tunggu sehingga masa peperiksaan tamat.

Langkah 5:
Sila tunggu untuk memulakan seksyen yang berikutnya.

Langkah 6:
Setelah selesai menjawab soalan bagi semua seksyen, sila klik butang “Keluar”.

0

About the Author:

  Related Posts
  • No related posts found.

Add a Comment